fbpx

Pengguna tidak puas hati Netflix larang kongsi kata laluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGGUNA Netflix berasa tidak puas hati dengan tindakan perkhidmatan penstriman video itu melarang perkongsian kata laluan. - Foto EPA

WASHINGTON – Pengguna perkhidmatan penstriman video Netflix tidak berpuas hati susulan keputusan Netflix melaksanakan larangan perkongsian kata laluan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Berdasarkan peraturan itu yang  melibatkan 103 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Britain pada minggu ini, individu yang menonton Netflix di bawah akaun pengguna lain perlu membuka akaun sendiri  dan membayar untuk log masuk.

Sebagai alternatif, mereka yang masih mahu berkongsi akaun di kediaman pengguna lain perlu mendaftar untuk ‘perkongsian bayaran’  dengan caj  £4.99 (RM28.41) sebulan di Britain atau AS$8 (RM36.88) di AS.

Netflix sebelum ini  menyatakan bahawa caj tambahan itu munasabah  kerana ia perlu membuat pelaburan melibatkan kos tinggi untuk menghasilkan kandungan baharu kepada  pengguna.

Bagaimanapun, ramai pengguna menggunakan media sosial untuk berkongsi kemarahan berhubung langkah tersebut, malah sebilangan pengguna turut memadamkan akaun Netflix mereka.

Seorang netizen berkata, Netflix melayan pengguna seperti kanak-kanak, manakala seorang lagi netizen menulis  di laman di Twitter: “Perceraian adalah muktamad bersama tanda pagar ‘Batalkan Netflix’.”

Larangan perkongsian kata laluan itu dikuatkuasakan kepada pengguna di 103 negara termasuk Britain, AS,  Perancis, Jerman, Australia, Singapura, Mexico dan Brazil selepas diperkenalkan buat kali pertama di Peru, Chile serta Costa Rica pada tahun lalu.

Kira-kira satu perempat daripada 15 juta pelanggan Netflix di Britain berkongsi kata laluan mereka, demikian menurut firma Penyelidikan Digital-i. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI