fbpx

Paksa ‘penyorok’ keluarkan stok gula di pasaran – CAP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan serbuan di seluruh negara bagi memaksa ‘penyorok gula’ mengeluarkan bekalan itu di pasaran.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada peniaga dan pengguna yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan gula putih ketika ini.

Pada masa sama katanya, Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam kenyataannya mengatakan jaminan bekalan gula di negara mencukupi walaupun harga gula dan gas asli dunia meningkat.

“Memandangkan krisis gula semakin teruk, KPDN perlu segera melancarkan operasi di seluruh negara terhadap penyorok dan pencatut kerana CAP percaya mereka memburukkan lagi krisis dengan menyekat bekalan komoditi itu ke pasaran.

“CAP menyarankan agar Bahagian Penguatkuasa KPDN melakukan serbuan di seluruh negara bagi memaksa penyorok mengeluarkan stok gula mereka ke pasaran,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI