fbpx

MyAirline mohon maaf isu tali pinggang keledar bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Syarikat penerbangan MyAirline tampil menjelaskan insiden pemakaian tali pinggang keledar bayi yang tular di media sosial hari ini.

MyAirline dalam satu kenyataan berkata, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke atas harus memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka atas tujuan keselamatan.

Katanya, hanya kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke bawah yang wajib dipangku oleh penjaga dan memakai tali pinggang keselamatan tambahan.

“Baru-baru ini, terdapat sebuah insiden yang berlaku di atas pesawat kami berkaitan pemakaian tali pinggang keledar untuk bayi.

“Kami kesal dan ingin memohon maaf kepada salah seorang penumpang kami yang telah menaiki penerbangan tersebut atas pengalaman beliau yang kurang memuaskan,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihak MyAirline sedang menyiasat perkara tersebut bagi mengenal pasti jurang dalam perkhidmatan syarikat itu dan membuat tindakan pembetulan yang sepatutnya agar situasi sebegini tidak berulang di masa akan datang.

Keadaan kanak-kanak berusia dua tahun yang menangis kerana mahu duduk di pangkuan ibunya di dalam pesawat.

“Di MYAirline, pengalaman anda adalah keutamaan kami. Kami mengutamakan keselesaan dan kepuasan setiap penumpang kami, khususnya bagi ibu, bapa dan penjaga yang melancong bersama kanak-kanak.

“Susulan daripada penyiasatan yang sedang dijalankan, kami komited untuk belajar daripada pengalaman ini untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan kami dan memastikan pelancongan yang positif untuk semua penumpang,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial apabila seorang bapa meluahkan rasa kecewa anaknya yang masih berusia dua tahun hampir dihalau keluar oleh kapten sebuah pesawat ketika dalam penerbangan dari Langkawi ke Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.

Katanya, insiden memalukan itu berlaku disebabkan anak kecilnya tidak berhenti menangis kerana enggan duduk di kerusi berasingan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI