fbpx

Manchester United buru khidmat Mason Mount

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOUNT merupakan antara pemain yang diinginkan Ten Hag pada jendela perpindahan kali ini dan mahu urusan itu diselesaikan dengan segera. - AFP

MANCHESTER – Manchester United dilaporkan melancarkan bidaan bernilai £55 juta (RM313.31 juta) untuk mendapatkan khidmat pemain tengah Chelsea, Mason Mount.

Pemain antarabangsa England yang terlepas aksi minggu terakhir Liga Perdana Inggeris kali ini ekoran kecederaan menjadi sasaran Pengurus United, Erik Ten Hag yang mahu proses perpindahan Mount diselesaikan dengan segera.

Mount memasuki tahun terakhir kontraknya di Stamford Bridge, selain masa depannya bersama Chelsea juga tidak menentu menyebabkan sumber dari Old Trafford mengesahkan bahawa rundingan berkenaan akan bermula dalam tempoh terdekat.

Chelsea sebelum ini meletakkan tanda harga sebanyak £85 juta (RM484.21 juta) untuk melepaskan Mount, namun United dilaporkan mahu mendapatkan diskaun sebanyak £30 juta (RM170.90 juta) untuk membawanya ke Old Trafford.

Bagaimanapun, United tidak bersendirian dalam pemburuan khidmat Mount apabila Pengurus Arsenal, Mikel Arteta juga dilaporkan sangat meminati pemain berkenaan dan mahu menguatkan jentera serangan The Gunners musim depan.

Liverpool juga turut meletakkan Mount sebagai pemain sasaran mereka apabila aksinya menarik minat Klopp, namun kehadiran Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu The Blues mungkin mampu membuatkan pemain itu akan terus kekal.

Pochettino juga dilaporkan cukup berminat dengan gaya permainan Mount sebelum ini dan Chelsea mungkin akan menggunakan pengurus baharu mereka itu untuk memujuk pemain itu menandatangani kontrak baharu nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI