fbpx

Malaysia negara yang silap beri subsidi – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian Kewangan, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA- Dasar pemberian subsidi yang dilaksanakan negara selama ini adalah satu kesilapan yang perlu diperbetulkan.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata, perkara itu berikutan di Malaysia lebih ramai golongan kaya menikmati pelbagai subsidi diberikan berbanding golongan miskin.

“Kita ingin melakukan perkara yang adil, orang miskin perlu diberi lebih subsidi berbanding orang kaya tetapi Malaysia ini sebuah negara yang tersilap memberikan subsidi kerana orang kaya dapat lebih banyak daripada orang miskin.

“Jadi, kita ingin membetulkan kesilapan itu, selama ini mereka memiliki lebih banyak pendingin hawa dan kereta di rumah dapat lebih banyak subsidi, sedangkan yang tiada pendingin hawa dan memiliki motosikal kecil hanya terima sedikit.

“Saya boleh sebut dasar itu silap, dasar pemberian subsidi itu tersasar, jadi, sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan bukan kerajaan ingin popular, maka kesilapan tersebut perlu diperbetul,” katanya menerusi sidang media selepas Majlis Pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penarikan beberapa subsidi kepada golongan T20 di negara ini.

Semalam, media melaporkan perbincangan berkaitan mekanisme menyeluruh mengenai pelaksanaan subsidi bersasar sudah mencapai 75 peratus.

Menurut Ahmad, kerangka mengenai pelaksanaan itu masih dibincangkan di peringkat Kementerian Kewangan sebelum dibentangkan di Kabinet. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI