fbpx

Kontraktor rugi RM571,000 gara-gara mahu dapat gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Gara-gara mahu mendapatkan gelaran Datuk, seorang kontraktor mengalami kerugian sebanyak RM571,000 selepas terpedaya dengan tawaran gelaran Datuk palsu melalui ‘phone scam’.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata, kejadian bermula pada Februari lalu selepas mangsa yang merupakan lelaki berusia 63 tahun menerima panggilan telefon daripada suspek menyamar sebagai Datuk Pengelola Bijaya Istana Pahang, yang menawarkan anugerah kebesaran negeri Pahang dengan membawa gelaran Datuk Seri.

“Suspek menyatakan mempunyai enam kuota anugerah kebesaran tersebut dan mangsa dimaklumkan untuk membuat sumbangan untuk program-program istana tanpa apa-apa bayaran.

“Mangsa berminat dengan tawaran yang dinyatakan dan turut mempelawa empat orang kenalan bagi mendapatkan gelaran tersebut,” katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, bermula pada Februari 2023 sehingga Mei 2023, suspek telah meminta mangsa melaksanakan beberapa sumbangan kepada pihak istana untuk program-program yang telah dibuat oleh pihak Istana Negeri Pahang dengan 32 transaksi kepada lima akaun bank berbeza berjumlah RM571,000.00.

Katanya, sumber kewangan mangsa adalah hasil daripada kutipan dan wang simpanan mangsa dan rakannya.

“Pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan pihak polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.

“Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp. gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI