fbpx

Jenazah Awang Askandar tiba di KLIA pagi esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Awang Askandar

PUTRAJAYA – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 6.25 pagi esok.

Difahamkan, jenazah diterbangkan dengan pesawat Malaysia Airlines, MH115 dari Kathmandu pukul 11.30 malam waktu Nepal.

Sejurus tiba, jenazah akan dibawa ke Kompleks Kargo KLIA sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Sabah untuk diberi penghormatan terakhir oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Mengikut jadual, jenazah akan diberi penghormatan rasmi oleh APM Sabah sebelum dibawa ke Masjid Jamek As Salam, Kampung Benoni, Papar untuk disembahyangkan.

Jenazah kemudian akan dibawa Tanah Perkuburan Islam Kampung Benoni untuk dikebumikan sekitar pukul 5.35 petang esok.

Difahamkan juga, jenazah Awang Askandar akan dikebumikan bersebelahan pusara ibunya, Allahyarhamah Dayang Fatimah Ampuan Jair.

Beberapa kenamaan dijangka hadir pada majlis pengebumian termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas- tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali, Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed.

Sementara itu, Ketua Misi ME2023, Azim Afif Ishak ketika dihubungi berkata, proses bedah siasat jenazah baharu selesai hari ini, namun punca kematian arwah belum dapat didedahkan buat masa ini.

“Ketika ini, jenazah sedang dipersiapkan untuk dibawa pulang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI