fbpx

JDT gah pertahan takhta Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FORESTIERI (dua dari kanan) meraikan jaringannya ketika membantu JDT menewaskan Sri Pahang 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri kelmarin. – RAJA JAAFAR ALI

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari mengangkat Fernando Forestieri sebagai watak penting Harimau Selatan ketika meleburkan rekod tanpa kalah skuad Tok Gajah dengan kemenangan 2-0 di laman sendiri, malam kelmarin.

Keputusan tersebut menyaksikan JDT muncul pasukan tunggal dalam Liga Super yang menang kesemua 12 perlawanan liga setakat ini.

Solari berkata, peranan Forestieri amat penting buat pasukan pada musim ini malah pada perlawanan malam tadi penyerang kelahiran Argentina itu meledak satu gol dan menghasilkan peluang gol buat Bergson.

“Forestieri seperti kebiasaannya beraksi dengan cukup bertenaga dan kualiti yang dimilikinya menjadikan gandingannya bersama Bergson cukup digeruni lawan.

“Walaupun bernafsu memburu jaringan, dia tetap boleh bermain secara berpasukan dan membuat bantuan gol.

“Bukan itu sahaja, dia turut membantu pasukan ketika bertahan dan aktif membuat larian, kehadirannya penting buat JDT,” katanya.

Dalam pada itu, Solari akui berdepan kesukaran untuk me­nundukkan pasukan Sri Pahang FC yang bertahan dengan cukup berdisiplin dan menutup ruang buat JDT daripada melakukan serangan.

Katanya, pasukannya memperoleh beberapa peluang untuk mencipta gol pada babak pertama, namun tidak disudahkan dengan baik sehingga gol jaringan Bergson muncul pada hujung permainan babak pertama.

Solari akui pasukannya terpaksa bekerja keras untuk memastikan Harimau Selatan mengekalkan momentum kemenangan.

“Kebanyakan pasukan yang kami hadapi, mereka lebih gemar bermain secara bertahan, saya bukanlah nak mengkritik kerana ia sebahagian daripada permai­nan. Cumanya, bila bertemu pa­sukan lain, mereka akan bermain secara biasa.

“Oleh itu, setiap kali itu juga kali perlu menggandakan asakan dan bermain dengan lebih licin dan tersusun untuk merobek benteng ampuh yang didirikan. Apa yang menariknya, kami menang semua perlawanan itu dan hanya bolos sekali sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI