fbpx

EPL: Guardiola lega prestasi City kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FODEN meletakkan City di hadapan sebelum Brighton berjaya menyamakan kedudukan untuk perlawanan terikat 1-1. - AFP

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menjelaskan anak buahnya berjaya melupakan sambutan menjuarai Liga Perdana Inggeris buat seketika apabila mengikat Brighton 1-1, awal pagi semalam.

Kualiti City yang berpeluang meraih kejuaraan treble musim ini nyata menghadirkan kegembiraan buat Guardiola dan pengurus dari Sepanyol itu turut terkejut dengan persembahan anak buahnya.

“Saya agak bimbang kualiti permainan kami akan menurun berbanding apa yang pernah kami lakukan pada empat, lima atau enam bulan lalu. Ini kerana 40 jam yang lalu kami ‘mabuk’, tetapi cara kami bermain kali ini cukup luar biasa.

“Saya cukup menikmatinya terutamanya apabila bergelar juara dan kami perlu datang ke sini untuk memenangi perlawanan, namun ia adalah tugas sukar. Brighton adalah pasukan yang hebat di setiap posisi dan sebab itu mereka berhak ke Liga Europa.

“Untuk kami pula, pasukan ini sudah tunjukkan kenapa kami adalah pasukan terbaik di England,” katanya.

Terdahulu, aksi di Stadium Amex itu menyaksikan Phil Foden membuka jaringan buat City, namun Julio Enciso memastikan satu mata buat Brighton untuk mengekalkan mood terbaik buat tuan rumah.

Berbaki satu perlawanan lagi, Brighton sudah pun mengesahkan slot ke Liga Europa dengan mengutip 62 mata, tidak lagi mampu dicabar oleh Aston Villa yang kurang empat mata di tempat ketujuh. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI