fbpx

Cacing penuh dalam tin sardin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar keadaan sardin yang dibeli seorang pengguna TikTok.

PETALING JAYA – Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa terkejut apabila sardin yang dibelinya penuh dengan cacing bersaiz kecil.

Menerusi video yang dikongsi Chef Tido, perkara itu disedari ketika dia mahu memasak sardin.

“Nak masak sardin, dahlah hujung bulan. Tak larat nak kutip dah, banyak lagi dalam kuali,” katanya.

Menerusi ruangan kapsyen yang ditinggalkan, wanita tersebut kesal dengan tahap kebersihan yang diterapkan syarikat pengeluar sardin tersebut.

Sehubungan itu, dia menasihati supaya orang ramai memeriksa terlebih dahulu keadaan makanan dalam tin sebelum memasak.

“Kena tengok betul-betul baru perasan. Jangan main masak saja. Kesian dekat anak-anak kalau termakan binatang ni,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai berkongsi pengalaman sama dengan pengguna berkenaan.

“Saya pernah kena. Rasanya dah lima hingga enam tahun saya dah tak makan sardin,” kata Penyamun Kota.

Namun, terdapat juga segelintir orang ramai yang menganggap benda tersebut bukan cacing seperti yang didakwa.

“Kak, ada sesetengah ikan sardin yang digunakan ada urat tulang ni,” ujar Bongchan.

Perkongsian tersebut tular sehingga memperoleh lebih 1,000,000 tontonan dan 53,500 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI