fbpx

Balai Polis Komuniti Putra ditutup 1 Jun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balai Polis Komuniti Putra - Foto Google Maps

KUALA LUMPUR – Balai Polis Komuniti Putra yang terletak di Jalan Datuk Haji Eusoff, di sini ditutup sepenuhnya 1 Jun ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, balai tersebut ditutup dibuat atas beberapa faktor antaranya kedudukan yang berdekatan dengan balai lain.

Tambah beliau, tindakan berkenaan diambil ekoran penugasan keanggotaan di tempat lain yang lebih diperlukan pada waktu ini.

“Ini adalah selari dengan proses pemantapan penyampaian perkhidmatan kepolisian di Kontinjen Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, beliau memaklumkan sebarang laporan polis boleh dibuat di balai berhampiran antaranya Balai Polis Dang Wangi atau Balai Polis Chow Kit.

Untuk rekod, Balai Polis Komuniti Putra telah beroperasi selama 15 tahun sejak 18 Ogos 2008. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI