fbpx

Anugerah Seni Cameronian iktiraf Dondang Sayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANUGERAH Seni Cameronian Boh ke-18 diadakan di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya pada 14 Mei lalu.

SETELAH hampir tiga tahun tertangguh akibat pandemik, tahun ini majlis Anugerah Seni Cameronian BOH diteruskan dengan penuh gilang gemilang.

Bertemakan ‘A New Day, Setia Pada Senimu’, edisi ke-18 Anugerah Seni Cameronian BOH menyampaikan 30 anugerah dan sejumlah wang tunai RM44,000 kepada penggiat seni daripada pelbagai bidang termasuk tarian, muzik, teater muzikal dan teater.

Setiap pemenang sub kategori menerima trofi anugerah dan hadiah wang tunai RM1,000, manakala pemenang terbaik menerima trofi dan hadiah wang tunai RM5,000.

Tahun ini, tokoh dondang sayang, Datuk Mohammad Baharim Mohd. Sharip diumumkan sebagai penerima trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di atas penglibatannya dalam muzik tradisional seawal usia 23 tahun.

Bagi Baharim, 78, semangat untuk terus memperjuangkan kelangsungan seni warisan dondang sayang tidak pernah luntur demi generasi akan datang.

“Selagi hayat dikandung badan, saya tetap akan memperjuangkan dondang sayang.

“Saya memang tidak pernah melupakan dondang sayang ini. Saya sudah bukukan pantun yang dihasilkan sendiri.

“Lagi pun di Melaka masih ramai individu yang mempraktikkan dodang sayang jadi saya rasa tidak akan hilang,” katanya usai penganugerahan berlangsung.

Menceritakan detik awal penglibatan, anak kelahiran Melaka itu mula bermain alat muzik seperti biola pada awal tahun 1990-an dan mengasah bakat dalam bidang nyanyian.

JASON FOO (kiri) menyampaikan trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat kepada Baharim.

Dia meneruskan minat dalam muzik dengan dondang sayang dan meraih tempat pertama dalam Pesta Dendang Rakyat sehingga ditawarkan rakaman radio di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka.

Usahanya kian menampakkan hasil apabila berjaya merakamkan album berjudul Mawar Biru dan sudah memiliki lima buah album termasuk membukukan koleksi sekitar 2,000 pantun dondang sayang.

Dalam pada itu, Mohammad yang terkejut dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat tersebut ternyata tidak boleh menyembunyikan rasa terharunya.

“Soal anugerah ini tidaklah menjadi perkara utama yang difikirkan.

“Saya hanya mahu bekerja sahaja untuk memperjuang seni warisan Melayu ini.

“Namun, saya juga memang sangat gembira dan tidak menyangka dapat memenangi anugerah ini kerana pengiktirafan ini paling besar yang pernah dimenangi sebelum ini.

“Kawan-kawan saya sehingga tanya bagaimana saya boleh capai ke tahap yang tinggi,” luahnya dalam nada gembira.

Trofi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat disampaikan kepada Mohammad Baharim oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BOH Plantations Sdn Bhd, Jason Foo.

Selain BOH Plantations, anugerah yang digerakkan Kakiseni tersebut dijayakan firma perakaunan BDO Malaysia sebagai rakan pengundian.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI