fbpx

Agong adakan lawatan khas ke Monaco, Jordan hingga 2 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Monaco dan Jordan untuk lawatan khas ke kedua-dua negara tersebut bermula hari ini sehingga 2 Jun depan.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Istana Negara, lawatan khas Seri Paduka Baginda ke Monaco yang bermula hari ini, adalah persilaan Putera Monaco, Putera Albert II.

Jelas Istana Negara, dalam rangka lawatan khas empat hari itu, Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat mengadakan pertemuan dengan Putera Albert II di Palace of Monaco, esok.

“Pada 28 Mei pula, Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat ke Majlis Santapan Tengah Hari bersama Putera Albert II dan kerabat diraja Monaco di Heracles Palace disusuli dengan keberangkatan ke Monaco F1 Main Circuit pada sebelah petang,” kata Istana Negara.

Sementara itu, kata Istana Negara, bagi lawatan khas ke Jordan, Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman pada 30 Mei.

Lawatan khas Seri Paduka Baginda ke Jordan sehingga 2 Jun itu adalah atas persilaan baginda Raja Jordan, Raja Abdullah II dan kedua-dua pemimpin dijadualkan mengadakan pertemuan pada 31 Mei.

“Pada petang keesokan hari (1 Jun), Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat menghadiri Majlis Perkahwinan Diraja Yang Amat Mulia Putera Mahkota Jordan di Zahran Palace disusuli dengan keberangkatan ke Majlis Jamuan Sambutan Perkahwinan Diraja di AI Husseinieh Palace di Amman pada sebelah malam.

“Seri Paduka Baginda dijadualkan berangkat pulang ke tanah air pada 2 Jun,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI