fbpx

Aaron-Wooi Yik terkandas di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON dan Wooi Yik tewas kepada pasangan India, Chirag-Rankireddy pada perlawanan akhir Terbuka Indonesia sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Malaysia Masters apabila tewas straight-set kepada pasangan Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin.

Pilihan kedua kejohanan itu tewas 18-21, 19-21 pada aksi suku akhir di Axiata Arena sebentar tadi sekali gus merakam kekalahan kedua dalam enam pertemuan dengan beregu meningkat naik Indonesia tersebut.

Satu lagi wakil beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas tumbang di tangan pasangan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-15, 16-21, 14-21.

Ia menyaksikan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi wakil tunggal beregu lelaki negara yang akan beraksi di peringkat separuh akhir esok.

Turut melangkah ke separuh akhir esok ialah beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang akan bertemu pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI