DAUN mengkuang dipotong dan dikerat sama panjang mengikut ukuran yang diperlukan serta disusun mengikut rangkap. Kemudian, daun-daun tersebut dilayur di atas bara api sehingga bertukar kekuningan. Langkah itu dilakukan supaya daun menjadi lembut dan tahan lama serta tidak mudah patah. Setelah selesai, duri empulor di bahagian tengah daun dibuang dengan menggunakan batu. Sementara duri di kiri dan kanan daun dibuang dengan menggunakan pisau. Daun-daun mengkuang itu seterusnya dijemur selama sehari di bawah sinaran matahari bagi memudarkan warnanya. Begitulah rutin yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya