fbpx

Tiada kaitan letak tisu basah pada dahi boleh hilang sedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang doktor menerangkan, sedu tidak boleh dihilangkan dengan melekatkan tisu basah pada dahi.

PETALING JAYA – Apabila bayi atau kanak-kanak mengalami sedu, ada ibu-ibu yang mengoyakkan sedikit tisu lalu membasahkannya dan dilekatkan pada dahi kononnya bagi menghilangkan sedu tersebut.

Perbuatan itu mengambil kira daripada petua orang tua-tua dahulu, malah ada juga yang mengaitkan sedu tersebut dengan tubuh badan mahu membesar.

Menerusi penerangan oleh seorang doktor perubatan di aplikasi TikTok drwanshare, beliau menjelaskan tiada fakta kajian bersandarkan sains yang mengaitkan petua melekatkan tisu basah di dahi boleh menghilangkan sedu.

“Apa kaitan tisu basah letak pada dahi atau ambil bedak letak pada dahi. Itu tips orang tua lama, namun tiada kajian pun atau fakta yang betul. Aku cari Google pun tiada.

“Nak amalkan tidak ada masalah. Selain itu betulkah (sedu) sebab nak membesar? ‘Hiccup’ (sedu) ini tiada kaitan dan tiada hubungan pun dengan benda itu,” katanya pada video tersebut.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, sedu terjadi disebabkan dua otot iaitu ‘diaphragm’ dan ‘intercostal muscle’ yang bertindak secara tiba-tiba sekali gus tidak boleh dikawal sendiri.

“Tapi ada satu keadaan perubatan yang berbahaya. Apabila saluran pemakanan koyak dan menghasilkan darah, individu tersebut akan muntah dan mengalami sedu. Dia mengeluarkan darah yang banyak seterusnya meninggal.

“Perkara ini berpunca daripada kerap minum alkohol. Sebab itu Islam melarang umatnya daripada mengambil minuman ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI