fbpx

Terbit, edar buku himpunan hadis dari Imam Nawawi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menerima senaskah Al-Quran daripada Syeikh Dr. Ali Jum’ah (kanan) pada Majlis Muzkarah dan Umara sempena Festival Turath Islami Selangor, hari ini. Foto oleh Saddam Yusoff/KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disarankan menerbitkan semula buku himpunan 40 hadis yang dikumpulkan Imam Nawawi untuk diagihkan terutama pelajar muslim di semua sekolah di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini bagi memastikan para pelajar diberikan gambaran ilmu sebaik mungkin mengenai penyampaian dalam Islam.

Katanya, ini berdasarkan kupasan dua ulama besar ketika ini iaitu mantan mufti Agung Mesir, Profesor Dr. Ali Jum’ah serta Pengasas dan Pengetua Darul Musthafa, Yaman, Habib Umar Hafidz.

“Kedua-dua menyarankan Islam ini tidak ditegakkan hanya dengan kekerasan, fitnah atau menghukum, sebaliknya ditegakkan dengan keyakinan, ilmu, memahami, mendalami dan mengupas dengan sama serta kasih sayang.

“Jadi, cadangannya ialah kalau betul kasih sayang, hormat sesama umat manusia termasuk umat Islam. Lebih baik anak-anak muslim dibekalkan dengan 40 hadis supaya kefahaman agama itu tidak menjadi sentimen menimbulkan pertelegahan dan permusuhan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penutupan Muzakarah Ulama-Umara sempena Festival Turatih Islami Selangor, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menjelaskan kerajaan meraikan sebarang teguran daripada para ulama dengan cara baik dan ikhlas serta bukan untuk mencerca, memfitnah mahupun menghukum kerajaan.

Jelas beliau, teguran itu juga perlu diterima dengan hati terbuka di kalangan para pemimpin.

“Ini tiada perbezaan pendapat. Ulama boleh tegur dengan baik, menghormati dan mendampingi supaya dapat diperbaiki.

“Bukan untuk mencerca, memfitnah dan menghukum. Pimpinan pula apabila mendengar ulama bercakap dengan ikhlas, berani menegur dengan baik dan diteima dengan baik teguran itu dan jawab dengan baik,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI