fbpx

Real Madrid intai kelibat Robertson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERTSON dianggap sebagai penyelesaian terbaik untuk Real pada posisi bek kiri selepas gagal mendapatkan Davies. – AFP

MADRID – Kelab gergasi La Liga, Real Madrid menjadikan bek kiri Liverpool, Andy Robertson sebagai sasaran utama pada jendela perpindahan bagi menguatkan pasukan menjelang kempen baharu musim depan.

Difahamkan, Real tidak lagi mahu menggunakan khidmat pemain antarabangsa Perancis, Ferland Mendy yang bakal diletakkan dalam pasaran perpindahan nanti selepas sering dibelenggu kecederaan musim ini.

Situasi tersebut menyaksikan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu terpaksa menggunakan alternatif lain dengan meletakkan pemain tengah, Eduardo Cama­vinga sebagai ‘bidan terjun’ untuk mengisi kekosongan yang di­tinggalkan Mendy sebagai pemain pertahanan kiri.

Sebelum ini, Real dilaporkan sangat berminat untuk menandatangani khidmat pemain pertahanan kiri Bayern Munich, Alphonso Davies yang masih memiliki kontrak bersama kelab Bundesliga itu sehingga musim 2025.

Namun, Bayern yang dibim­bing oleh Thomas Tuchel enggan menjual Davies walau sebarang harga selain mahu menawarkan kontrak baharu kepada pemain antarabangsa Kanada berusia 23 tahun itu dalam masa terdekat.

Kini, Robertson menjadi pilihan utama Ancelotti selain Li­verpool dilaporkan tidak mempunyai masalah untuk menjual kapten antarabangsa Scotland itu dengan meletakkan tanda harga sebanyak £40 juta (RM192.5 juta) pada jendela kali ini.

Malah, tonggak berusia 30 tahun itu difahamkan cukup berminat untuk berhijrah ke Sepanyol memandangkan peluang untuk bermain dalam kancah Liga Juara-Juara selepas Liverpool hanya layak ke kempen Liga Europa musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI