KISAH cinta Yasmin Hani dengan kekasih hati, pelakon Alif Hadi bukan lagi rahsia.
Bahkan pasangan selebriti itu sangat terbuka berkongsi momen-momen romantis mereka dalam media sosial.
Jadi, apabila sudah berkongsi terlalu terbuka, soalan kahwin akan menjadi pertanyaan rutin netizen terhadap mereka.
Foto mesra bersama Alif yang dimuat naik Yasmin dalam Instagram baru-baru ini juga seperti membuka ruang untuk netizen terus mengutarakan persoalan tentang perkahwinan.
“Segeralah halalkan hubungan dengan Yasmin wahai Alif,” kata netizen.
“Jangan tunggu lama-lama, perkara baik usah dilambat-lambatkan,” pesan pengikut Instagram Yasmin.
Ada betul juga apa yang diberitahu itu. Kadang-kadang tidak manis juga apabila terlalu kerap kongsi momen romantis sedangkan tidak ada hubungan yang halal.
Mizz Lahar doakan hubungan mereka berdua berpanjangan dan berakhir ke jenjang pelamin.
MIZZ LAHAR: Makin ramai bencikan watak Shukri Yahaya dalam Andai Itu Takdirnya.