fbpx

Permohonan Syamsul lanjut perintah injuksi terhadap Puteri Sarah ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
pPerintah injuksi tersebut dibuat untuk mencegah Puteri Sarah daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu rumah tangga kepada media dan di mana-mana platform media sosial. Foto MOHD. FIRDAUS MOHD. JOHARI

SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak lanjutan injuksi ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh pengarah sensasi Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya yang juga pelakon Puteri Sarah Liyana.

Peguam syarie yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu permohonan melanjutkan tarikh kes injuksi oleh plaintif secara lisan menerusi hakim Abdul Halim Abdullah ditolak.

Akberdin berkata, perintah injuksi tersebut dibuat untuk mencegah anak guamnya daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan isu rumah tangga kepada media dan di mana-mana platform media sosial.

“Pada hari ini mahkamah bagi kami kelulusan untuk menjawab kes injuksi buat kali pertama yang difailkan Syamsul terhadap Puteri Sarah pada 25 April lalu.

“Jangka hayat untuk perintah tersebut bertahan hanya selama 30 hari iaitu bermula 25 April lalu hingga 27 Mei ini.

“Pihak hakim, Abdul Halim Abdullah juga menolak permohonan plaintif menerusi peguamnya, Azmi Mohd. Rais secara lisan untuk melanjutkan perintah injuksi tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, hakim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes memfailkan jawapan terhadap injuksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.

Tambah Akberdin, Syamsul yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan perlu membuat permohonan secara rasmi sekiranya ingin melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah yang bakal berakhir pada 27 Mei ini.

“Selepas daripada tempoh itu, tiada halangan untuk anak guam saya mengeluarkan sebarang kenyataan di mana-mana platform seperti media sosial dan sebagainya.

“Namun, kami juga tidak galakkan anak guam membuat kenyataan sesuka hati,” katanya lagi.

Awal pagi tadi, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menghadiri Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi sebutan kes injuksi tanpa mengetahui prosiding yang berlangsung.

“Saya sebenarnya tidak tahu apa-apa dan akan tanyakan kepada peguam,” kata Sarah yang tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Sebelum ini, pada 8 Mei lalu, Akberdin tidak mendapat sebarang arahan daripada anak guam berkenaan perintah injuksi yang dikenakan terhadap aktres terbabit.

Kes pasangan itu akan bersambung pada petang ini bagi prosedur Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI)

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Kes perceraian Syamsul dan Puteri Sarah masih berjalan di Mahkamah Syariah dan gagal diselesaikan selepas pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu enggan menceraikan Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah kini berusi empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI