PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran suhu berjaga-jaga tahap satu di beberapa kawasan sekitar Kelantan, Pahang dan Sarawak.
MetMalaysia berkata, di Kelantan antara kawasan yang terlibat adalah Pasir Mas dan Kuala Krai.
“Di Pahang ia membabitkan daerah Raub dan Bentong, manakala Sarawak ia melibatkan kawasan Selangau,” katanya.
Jelas MetMalaysia, amaran tahap satu dikeluarkan apabila sesebuah kawasan mencapai suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
Orang ramai juga boleh boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini status cuaca harian. – KOSMO! ONLINE.