fbpx

Mujahid dipilih sebagai Senator

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mujahid (tiga dari kiri) ketika di Sidang DUN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh hari ini.

IPOH – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perak, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dipilih sebagai Ahli Dewan Negara pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad membawa usul pemilihan Ahli Dewan Negara itu dan disokong oleh Sandrea Ng Shy Ching (PH-Teja).

Speaker DUN, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid kemudiannya mengumumkan Mujahid sebagai Ahli Dewan Negara selepas menjadi calon tunggal.

Mujahid yang juga bekas Ahli Parlimen Parit Buntar merupakan Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah).

Pada persidangan DUN kali ini, sebanyak empat usul diluluskan iaitu Rang Undang-Undang (RUU) Hotel Perak 2023, RUU Perladangan Unggas (Pindaan) 2023, Meminda Perenggan (b) Fasal (1) Perkara (38) XXXVIII Bahagian Kedua Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan Pemilihan Ahli Dewan Negara Malaysia.

Sidang DUN Perak berlangsung selama empat hari bermula Isnin dengan Sesi Soalan Lisan, pembentangan dan perbahasan usul-usul serta meluluskan usul berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI