fbpx

Lori muatan rokok seludup RM2.1 juta ditinggal tepi pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Jamal Abdul Salam (dua dari kanan) menunjukkan rokok seludup yang dirampas pada sidang akhbar di Pejabat Penguat Kuasa JKDM Rantau Panjang hari ini. Foto oleh ROHANA ISMAIL/KOSMO!

RANTAU PANJANG – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas lori membawa muatan sebanyak 2.09 juta batang rokok seludup bernilai RM2.1 juta termasuk cukai yang ditinggalkan di pesisir Pantai Senok, Bachok di sini kelmarin.

Pasukan Operasi Cawangan Penguatkuasaan JKDM Rantau Panjang menyerbu kawasan itu pada pukul 11.30 malam selepas menjalankam risikan di pesisir pantai tersebut.

Pengarah JKDM Kelantan, Wan Jamal Abdul Salam Wan Long berkata, rokok seludup tersebut diangkut dari atas bot ke dalam kenderaan berat 10 tan terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan di dalam lori itu menemui 2.09 juta batang rokok bernilai RM731,500 dan cukai berjumlah RM1.4 juta. Rokok itu disyaki diseludup dari negara jiran ke Kelantan melalui jalan laut dengan menggunakan bot.

“Ini merupakan kes pertama tangkapan melibatkan modus operandi menggunakan laluan laut di pesisir Pantai Senok untuk aktiviti penyeludupan rokok,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguat Kuasa JKDM Rantau Panjang di sini hari ini.

Siasatan mendapati, rokok seludup tersebut dipercayai dijual untuk pasaran di Kelantan. Pihak berkuasa masih mengesan pemiliknya dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI