fbpx

Insurans digital Tune Protect untuk PMKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohit (tengah) bersama Pegawai Prinsipal TPL, Koot Chiew Ling (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif TPL, Jubin Mehta pada majlis pelancaran produk baharu di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA – Tune Protect Group menerusi anak syarikat milik penuhnya, Tune Protect Life (TPL) dan Tune Protect Malaysia (TPM) melancarkan penyelesaian insurans inovatif secara digital buat pelanggan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

TPL memperkenalkan insu­rans kakitangan pertama seum­pamanya di pasaran yang membolehkan majikan dan pemilik perniagaan membeli insurans nyawa atau kesihatan/perubatan buat pekerja mereka.

Sementara TPM pula melancarkan laman web mikro buat PMKS yang merupakan platform sehenti buat perniagaan mendapatkan penyelesaian insurans yang disesuaikan untuk mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect, Rohit Nam­biar berkata, platform digital mampu memberikan akses lebih baik buat PMKS untuk mendapatkan insurans bagi melin­dungi perniagaan dan kakitangan mereka berbanding pengedaran insurans secara konvensional.

“Tiga cabaran utama bagi PMKS dalam pengambilan insurans adalah dari segi premium yang tinggi, penyelesaian insu­rans yang terlalu kompleks dan tidak sesuai bagi perniagaan mereka serta ketiadaan model yang sesuai bagi penyedia insu­rans untuk mendekati mereka.

“Objektif kami tidak hanya meningkatkan kadar penembusan insurans dalam kalangan golongan PMKS, tetapi juga memberi kesedaran kepada mereka tentang kepentingan insurans dan akses yang disediakan,” katanya dalam majlis pelancaran di sini semalam.

Menurut Rohit, buat masa ini, sektor PMKS mewakili sekitar lapan hingga sembilan peratus daripada perniagaan Tune Protect dan sasaran jangka panjang Kumpulan adalah meningkatkan sumbangan sektor berkenaan kepada 20 peratus. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI