fbpx

[VDEO] Individu pasang laser ganggu ‘pilot’, bahaya nyawa penumpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memperlihatkan cahaya laser dipancarkan sekali gus boleh mengundang bahaya keselamatan pesawat.

PETALING JAYA – Tindakan individu memasang laser pada waktu malam sehingga mengganggu juruterbang mengendalikan pesawat untuk mendarat, boleh mengundang risiko bahaya keselamatan penumpang.

Pengalaman itu dikongsikan oleh seorang juruterbang pada akaun TikTok MrTurboProp yang memuat naik video cahaya laser sewaktu terbang berdekatan sebuah perumahan.

“Belakang Taman Elmina. Bro, jangan buat macam ni. Untuk pengetahuan anda, masa ‘landing’ malam lampu kokpit akan dimalapkan. Supaya kita boleh ‘adjust’ mata dengan kegelapan di luar.

“Kalau ‘aim’ tepat kena mata, boleh silau. Boleh bahayakan keselamatan pesawat. Kalau ‘high powered laser’, terus buta kami,” katanya pada video tersebut.

Perkongsian juruterbang itu mengundang pelbagai maklum balas daripada pengguna sekali gus mereka meminta tindakan diambil terhadap individu tersebut.

“Tak kena tangkap ke? Di luar negara, lepas kena suluh, dia orang dah tahu di mana. Terus polis angkut kurang daripada 10 minit. Di Malaysia tak tahulah,” kata Iera Stilinski.

“Ni laser yang panjang macam batang pensil tu. Memang terang laser ni, dulu pernah beli. Kalau kena mata memang hijau terus rasa dunia,” ujar Mrkacang.

“Kawasan berdekatan lapangan terbang ada peraturan kena patuh. Jangan sembarangan bakar, terbangkan atau apa-apa dan sebagainya. Moga Allah lindungi kita semua,” komen EPYU. – KOSMO! ONLINE

@mrturboprop Bro, jgn buat hal please. Lokasi: belakang taman Elmina #laser #danger #landing #pilotlife #edutok #learnontiktok #elmina ♬ original sound – MrTurboProp

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI