fbpx

Ibu harap Hawari pulang, terima apa jua keadaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amran (kiri) ketika menziarahi Che Tom di kediamannya di Kampung Permatang Kerai Besar, Tasek Gelugor petang tadi. Gambar oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – “Naluri saya kuat mengatakan yang Warie masih hidup dan amat berharap dia dapat kembali dengan selamat,”

Demikian luahan Che Tom Hassan, 64, ibu kepada peserta Malaysia Everest 2023 (ME2023), yang juga orang kelainan upaya (OKU) pekak dan bisu, Muhammad Hawari Hashim,33.

Katanya, dia yakin anaknya itu mampu bertahan susulan mempunyai peralatan lengkap selain bekalan makanan yang mencukupi ketika dilaporkan hilang.

“Kami sekeluarga kekal positif walaupun misi mencari dan menyelamat (SAR) Muhammad Hawari bakal ditamatkan Ahad ini. Hati saya kuat mengatakan masih ada harapan dan kami memohon operasi mencari diteruskan selagi boleh.

“Besar sangat harapan saya agar Warie balik dalam macam mana keadaan dia sekalipun, kami terima,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Permatang Kerai Besar, di Kepala Batas di sini petang ini.

Mengulas lanjut, Che Tom berkata, tidurnya tidak lena apabila mengenangkan keadaan anak ketiga daripada lima beradik itu.

“Saya ada lakukan solat hajat, namun sehingga kini belum ada sebarang petunjuk. Kami sekeluarga mohon doa daripada seluruh Malaysia kerana saya sendiri tidak kuat untuk menghadapi dugaan ini,” katanya.

Terdahulu, beliau menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Zakat Pulau Pinang (ZPP), Amran Hazali yang meluangkan masa bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan wang tunai serta barangan keperluan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI