fbpx

Hisap ‘botol susu’, Baby Shima nafi buat konten kontroversi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BABY SHIMA berkongsi keterujaannya memiliki botol air yang kelihatan seperti botol susu.

PETALING JAYA – Menangkis dakwaan sengaja mengundang kecaman dengan video menghisap air daripada bekas berbentuk botol susu, Baby Shima menganggap konten tersebut bukan berniat mencetuskan kontroversi.

Sebaliknya, penyanyi dangdut sensasi itu hanya mahu berkongsi keunikan barangan comel yang baharu dibeli bersama peminat menerusi Instagram.

“Kontroversi? Itu kan saya tengah tunjuk dekat pengikut laman sosial saya yang bekas air itu unik? Itu sahaja,” jawabnya ringkas kepada Kosmo! Online.

Enggan memanjangkan isu ‘botol susu’, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli itu lebih selesa berkongsi mengenai kemunculannya dalam Konsert Goyang Asia Koplo Milenial yang menggabungkan bintang dangdut Malaysia dan Indonesia.

Dijadualkan berlangsung pada 12 Ogos depan, akuinya dia teruja sepentas pentas dengan artis dangdut popular seberang, namun hanya bersedia seperti biasa.

“Tiada persiapan, langgar saja. Buat persembahan macam biasa, apa yang keluar sewaktu persembahan itulah jadinya.

“Saya juga tak sabar dapat berada atas satu pentas dan membawa rakan-rakan dari Indonesia untuk bergoyang di Malaysia.

“Saya berharap genre dangdut dapat kembali memeriahkan industri muzik tanah air,” katanya lagi.

Diminta mengulas mengenai pembabitan dalam konsert yang berisiko dipolitikkan pihak tertentu, Shima menyerahkan perkara itu kepada penganjur.

“Penganjur boleh berikan pandangan mereka berhubung kemungkinan ini kerana mereka yang berhempas pulas merealisasikan acara besar ini.

“Malah pihak tersebut turut keluarkan kos besar bagi menjayakannya. Kami cuma artis yang bekerja menjayakan persembahan ini sahaja.

“Sebagai penyanyi, kami buat sehabis baik demi kepuasan penonton,” tambah penyanyi yang turut menempa nama di Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

Konsert Goyang Asia Komplo Milenial anjuran Mission Sight Sdn. Bhd. itu memilih Pusat Ekuestrian Bukit Kiara sebagai lokasi acara berkenaan.

Selain Baby Shima, konsert tersebut turut membariskan penyanyi senior seperti Ani Manyuni serta barisan penyanyi dangdut popular Indonesia termasuk Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesti Klepek dan Rhena Morena.

Turut memeriahkan acara adalah bintang undangan yang juga pelopor genre dangdut tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram.

Konsert juga bakal menampilkan pengacara, Didie Alias sebagai hos bersama Shandrra Rose dari Indonesia.

Tiket sudah mula dijual dan boleh didapati di www.ticket2u.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI