fbpx

[VIDEO] Diana membisu seribu bahasa, Farid tebak ‘dalam hati siapa yang tahu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Farid dan Diana dikatakan bakal rujuk semula sebagai suami isteri dalam tempoh idah.

SHAH ALAM – Pelakon Diana Danielle hanya membisu seribu bahasa apabila ditanya tentang rasa sayang suaminya Farid Kamil kini bertambah-tambah.

Selepas prosiding sulh selesai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle Danny Beeson hanya membisikkan atau memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi sambil tersenyum.

“Alhamdulillah,” bisik Diana, 32, perlahan sambil meninggalkan pekarangan mahkamah dan masuk ke kenderaan persendirian miliknya.

Dalam pada itu, Farid ketika ditemui pula berkata, dia tidak sempat berkomunikasi dengan Diana secara bertentangan mata namun katanya, itu tidak mengapa.

“Tiada berkomunikasi secara depan-depan. Tapi, mungkin di dalam hati, siapa yang tahu (ketawa).

“Saya letakkan kepercayaan kepada Allah SWT untuk dapatkan isteri dan anak-anak kembali. Seratus peratus saya percaya kepada Allah SWT,” katanya.

Terdahulu, Diana tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi prosiding Sulh pertama yang berlangsung pada 11 April lalu kerana belum bersedia bersemuka dengan Farid.

Sebelum ini, Diana memfailkan permohonan cerai pada 10 Mac lalu Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Alasan yang diberikan pelakon itu dalam permohonannya ialah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan.

Namun, Farid enggan melafazkan cerai dan Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara anak kepada Diana yang membuat permohonan hadanah sebelum ini.

Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz di Hotel Flamingo by the Lake dengan mas kahwin RM10,000 pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI