fbpx

Dewan Rakyat: Tarif elektrik baharu akan diumum dalam masa terdekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Mekanisme baharu Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tujuan pelaksanaan subsidi bersasar tarif elektrik akan diumum selepas sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dijangka siap hujung tahun ini.

Menteri Sumber Asli Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, buat masa ini, kementerian sedang meneliti opsyen ICPT yang munasabah kepada pengguna elektrik di Semenanjung bagi tempoh 1 Julai hingga 1 Disember 2023.

“Ia selaras dengan fokus kerajaan bagi pelaksanaan subsidi bersasar itu, berdasarkan jumlah penggunaan elektrik mengikut kediaman bagi kategori domestik, terutama yang guna dengan kadar yang tinggi.

“Kita mahu memastikan, jika sebelum ini, model pembangunan negara adalah ekonomi kos rendah, kita mahu menjadi ekonomi nilai tinggi dan kita juga mahu mencapai kecekapan tenaga serta peralihan kepada tenaga boleh baharu.

“Hanya jika kita betul-betul lepaskan kos itu kepada pengguna voltan tinggi dan sederhana, dan pengguna besar atau T20, baru kita dapat mencapai objektif itu, keputusan untuk ICPT seterusnya akan dibuat selepas pembentangan dan persetujuan di peringkat Jemaah Menteri dalam masa terdekat,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang ingin tahu mengenai perbelanjaan subsidi yang dijimatkan kerajaan berikutan pelarasan ICPT pada Januari lalu dan langkah lain yang sedang dirancang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi tenaga elektrik di Malaysia. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI