fbpx

Jasad Awang Askandar akan dikebumi sebelah pusara ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang Askandar.

PUTRAJAYA – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub akan dikebumikan di sebelah pusara ibunya, Allahyarhamah Dayang Fatimah Ampuan Jair di Kampung Banoni, Papar, Sabah.

Perkara itu dimaklumkan abang Awang Askandar, Awang Asim Ampuan Yaacub, 57, ketika dihubungi semalam.

Awang Asim berkata, beliau sekeluarga bersyukur kerana jenazah arwah adiknya selamat dibawa turun semalam selepas beberapa hari tertangguh akibat faktor cuaca.

Menurutnya, dia berharap urusan jenazah dapat diselesaikan dengan selamat hari ini dan segera dibawa pulang seberapa ke tanah air selepas selesai menjalani prosedur ditetapkan.

“Kami juga sudah membuat persiapan bagi proses pengebumian jenazah dan sebaik tiba di Sabah, jenazah akan dibawa ke rumah kakak kami, Dayang Jebaidah untuk penghormatan terakhir.

“Malah, isteri Allahyarham, Siti Hafizah Abdul Hamid, 31, bersama enam anak berusia antara dua hingga 12 tahun juga sudah tiba di Sabah semalam bagi menyambut jenazah,” katanya.

Katanya, mereka sekeluarga amat bersedih dengan pemergian arwah, namun reda dengan ketentuan Ilahi.

Awang Asim berkata, dia sekeluarga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang membantu termasuk kerajaan, Kementerian Luar, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Kerajaan Negeri Sabah atas segala bantuan dan urusan ke atas arwah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI