fbpx

400 spesies hidupan liar Greater Mekong diancam kepupusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Katak spesies Theloderma khoii pernah ditemui di kawasan pergunungan di utara Vietnam. - WWF UK

BANGKOK – Hampir 400 spesies hidupan liar yang baru ditemui di rantau Greater Mekong berisiko pupus tidak lama lagi akibat kehilangan habitat yang disebabkan oleh aktiviti manusia, demikian menurut Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) yang memberi amaran itu dalam laporan diterbitkan Isnin lalu.

Stesen penyiaran CNN melaporkan, kajian WWF itu dijalankan oleh pasukan saintis serta penyelidik antarabangsa di enam buah negara rantau tersebut dalam tempoh dua tahun dari 2021 hingga 2022.

Penemuan itu adalah termasuk ancaman kepupusan bunga orkid yang kelihatan seperti watak dalam siri televisyen komedi, The Muppet Show. 

“Spesies luar biasa ini mungkin merupakan penemuan baharu kepada sains tetapi ia sebenarnya telah bertahan dan berkembang di Greater Mekong selama berjuta-juta tahun.

“Kami mempunyai kewajipan untuk melakukan sebaik mungkin bagi menghentikan kepupusannya dan melindungi habitat serta membantu pemulihannya,” kata Ketua Serantau WWF Greater Mekong, K. Yoganand.

Secara keseluruhan, saintis menemui 290 tumbuhan, 19 spesies ikan, 24 amfibia, 46 reptilia dan satu spesies mamalia baharu di rantau tersebut, demikian menurut ut laporan WWF.

Ini menjadikan bilangan tumbuhan vaskular, ikan, amfibia, reptilia, burung dan mamalia yang ditemui di Greater Mekong sejak 1997 kini hampir 4,000.

Namun, ketika penemuan itu menggariskan kepelbagaian biologi di rantau tersebut yang juga menjadi penempatan lebih 300 juta orang merangkumi Thailand, Myanmar, Laos, China, Kemboja dan Vietnam, ia meningkatkan lagi ancaman hidupan liar akibat didorong oleh manusia serta pencerobohan.

Kepelbagaian biologi di wilayah Greater Mekong menghadapi tekanan luar biasa daripada pembangunan ekonomi dan pertumbuhan populasi manusia.

“Ia juga mendorong penebangan hutan, pencemaran dan eksploitasi berlebihan sumber semula jadi,” kata saintis terlibat dalam laporan tersebut, Truong Q. Nguyen dari Akademi Sains dan Teknologi Vietnam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI