fbpx

31 pemandu lori degil bawa lebih muatan dapat notis saman JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa JPJ mengeluarkan notis saman kepada pemandu lori yang membawa lebih muatan dalam Ops Khas di Gua Musang dan Tanah Merah baru-baru ini.

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan sebanyak 31 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan terhadap kenderaan berat dalam Operasi Khas Lebih Muatan bermula Sabtu lalu hingga kelmarin.

Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, seramai 20 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi yang dijalankan di Stesen Penguatkuasa Mentara di Kuala Balah, Gua Musang dan Bukit Bunga, Tanah Merah bagi tindakan penimbangan.

Menurutnya, kesalahan dikesan lebih muatan itu dikesan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Sebuah lori turut disita kerana tidak mempunyai lesen kenderaan motor (LKM) dan perlindungan insurans di Bukit Bunga.

“Penguatkuasaan dijalankan secara berterusan bagi memastikan undang-undang selain peraturan jalan raya dipatuhi untuk meningkatkan keselamatan kepada pengguna jalan raya yang lain,” katanya dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI