fbpx

Tak tahan panas, Orang Asli tinggal di pondok buluh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG penduduk Orang Asli, Amoi Latif bersantai di hadapan pondok buluh yang dibina keluarganya di Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Gua Musang kelmarin. – AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Cuaca panas melampau yang melanda negara ketika ini memaksa sebahagian penduduk Orang Asli di Kampung Pasir Linggi dan Kampung Aring 5, Pos Lebir di sini memilih tinggal di dalam pondok buluh.

Menurut penduduk terbabit, mereka lebih selesa mendiami pondok kayu yang mempunyai persekitaran lebih sejuk berbanding tinggal di rumah yang dibina kerajaan di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Seorang penduduk Kampung Aring 5, Ghani Alang, 42, berkata, situasi itu berlaku sejak lebih sebulan lalu sehingga sebahagian besar penduduk memilih untuk berpindah ke rumah buluh yang dibina berhampiran rumah PPRT.

Katanya, setiap penduduk mempunyai pondok yang din­dingnya dibina daripada buluh atau rotan, manakala bahagian bumbung menggunakan daun cucuh.

“Kami tidak tahan dengan cuaca panas ketika ini. Kami akan tinggal dalam pondok buluh pada waktu siang dan pulang semula ke rumah waktu malam.

“Biasanya, penduduk memilih untuk membina pondok buluh berdekatan pokok dan kawasan teduh kerana boleh membangkitkan suasana dingin,” katanya.

Seorang lagi penduduk Orang Asli, Alias Panjang, 45, berkata, keluarganya yang turut memilih untuk tinggal di pondok buluh terpaksa mengehadkan aktiviti di kawasan kebun dan masuk ke hutan.

“Kami hanya melakukan kerja sehingga pukul 11 pagi kerana tidak tahan ekoran terdedah kepada cuaca panas.

“Kami orang dewasa terasa pedih kulit kerana terdedah cuaca panas dan kanak-kanak juga ke­rap menangis akibat kepanasan,” katanya.

Seorang lagi penduduk Kampung Pasir Linggi, Yah Karim, 45, berkata, kebanyakan masyarakat Orang Asli tinggal di dalam rumah pada waktu tengah hari ke­rana tidak tahan dengan panas.

“Kami juga terpaksa pergi ke Sungai Lebir di sini untuk mandi kerana air tandak kering.

“Anak-anak pula kerap demam dan saya ada membawa mereka jumpa bomoh kampung untuk rawatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI