fbpx

Serangan perkauman jadi kesalahan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS menjadi antara pemain yang sering menjadi mangsa serangan perkauman. – AFP

LONDON – Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino menggesa supaya serangan perkauman di stadium dikelaskan sebagai kesalahan jenayah dan usaha itu dilihat mampu menjadi jalan penyelesaian terbaik.

Reaksi itu hadir selepas ramai bintang utama lain turut menyatakan sokongan kepada tonggak Real Madrid, Vinicius Junior yang berterusan dipalit serangan perkauman.

“Mereka yang lakukan serangan perkauman harus diharamkan daripada memasuki stadium seumur hidup dan mereka patut berdepan tuduhan jenayah di negara yang mereka melakukan kesalahan. Ini kerana serangan perkauman adalah satu jenayah.

“Tiada tempat untuk perkauman dalam bola sepak dan masyarakat, malah FIFA akan menyokong semua pemain jika mereka berdepan situasi seperti itu,” katanya.

Ekoran pendedahan yang dibuat Vinicius, bekas bintang Real Madrid, Casemiro, Kylian Mbappe (PSG) tampil menyatakan sokongan serta mengecam kejadian seperti itu.

“Kamu tidak akan berkeseorangan. Kami akan bersama menyokong kamu,” menurut komen Mbappe sambil berkongsi ciapan Vinicius di laman sosial. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI