fbpx

Liga Super: Selangor bangkit benam Kedah 3-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Selangor berjaya manfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata berharga. - Foto oleh AMIR KHALID

PETALING JAYA – Pasukan Selangor FC mempamerkan kebangkitan sebelum berjaya melakar kemenangan 3-2 ke atas Kedah Darul Aman (KDA FC) pada aksi Liga Super yang berlangsung dengan penuh dramatik di Stadium MB Petaling Jaya sebentar tadi.

Pada saingan itu, skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan Faisal Halim dan Ayron del Valle untuk mengemudi jentera serangan.

Namun, pasukan pelawat terlebih dahulu dikejutkan selepas pemain import, Amirbek Juraboev bijak menyudahkan peluang terhidang menerusi sepakan sudut pada minit ke-6.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Selangor memperkemaskan jentera serangan dan menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ayron pada minit ke-23 selepas penjaga gol Kedah, Kalamullah Al Hafiz menepis sepakan penalti yang diambil tepat ke arah penyerang dari Colombia itu.

Skuad Sang Kenari kendalian Nafuzi Zain kekal tenang dan sekali lagi berjaya mendahului hasil gerakan cantik yang dilakukan oleh penyerang import, Willian Lira pada minit ke-28.

Enggan mengaku kalah terlalu awal, Selangor memastikan babak pertama berakhir dengan keputusan seri dan kini giliran pemain sensasi, Faisal Halim mencetak nama selaku penjaring berselang 11 minit kemudian.

Bersambung pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dalam usaha memburu jaringan dengan corak permainan terbuka ditampilkan.

Pada minit ke-75, KDA FC terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Kamil Akmal dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan Mukhairi Ajmal diluar kotak penalti yang menyebabkan Selangor dihadiahkan sepakan percum

Nasib lebih memihak kepada Selangor untuk meraih tiga mata berharga selepas pemain import dari Jordan, Noor Al-Rawabdeh meledak gol kemenangan menerusi gerakan set piece pada minit ke-78.

Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Selangor kini kekal di kedudukan kedua Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI