fbpx

Sanusi bangga penganjuran LIMA’23

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi melawat pameran aset ketenteraan LIMA'23 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri di Langkawi, semalam.

LANGKAWI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berbangga dengan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23) yang disifatkan sebagai terbaik setakat ini.

Kata beliau, kerjasama yang dilakukan semua pihak termasuk kerajaan negeri sebagai tuan rumah dalam melakukan persiapan dan pelaksanaan program berjalan lancar.

“Kerjasama (bersama kerajaan negeri) dan persiapan ‘tip top’, Langkawi ini Kedah punya lah. Alhamdulillah perjalanan (pameran) bagus dan berjalan lancar.

“Pelancaran LIMA yang paling baik setakat ini sebab selang empat tahun, jadi orang macam qada yang tahun lepas,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Terdahulu, beliau mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pembukaan segmen maritim LIMA’23 di Resort World Langkawi, di sini.

Ketika ditanya tentang perasaan dapat menghadiri pameran tersebut, beliau menjawab tanpa perasaan dan hanya mengikuti program dianjurkan.

“Perasaan saya, tanpa perasaan lah, saya ikut acara sahaja. Ini LIMA kali pertama untuk saya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI