fbpx

Ruam merah tanda jangkitan kudis buta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Info grafik yang dikongsi PHM di laman Facebooknya.

PETALING JAYA- Ruam merah pada bahagian anggota badan merupakan tanda-tanda individu dijangkiti scabies atau kudis buta.

Public Health Malaysia (PHM) menerusi laman Facebooknya berkata, sekiranya ada ruam merah pada bahagian badan jangan dipandang ringan hal itu.

“Sekiranya ada ruam merah yang sangat gatal pada lokasi-lokasi ini lebih-lebih pada waktu malam, ia mungkin jangkitan scabies atau kudis buta.

“Hal ini tidak boleh diambil mudah, jika wabak ini berlaku di institut seperti di asrama dan pusat jagaan, ia akan menyukarkan proses penyembuhan,” ujarnya.

Menurut lagi, jangkitan ini boleh dicegah melalui penjagaan pakaian dan cadar yang dipakai.

“Jangkitan ini mudah dirawat dengan berkesan seperti membasuh semua pakaian dan cadar dengan air panas,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi objek yang tidak boleh dibasuh perlu dijemur.

“Tilam, permaidani dan objek yang tidak boleh dibasuh perlu dijemur di tengah panas. Bukan sekadar pesakit yang dijangkiti sahaja, seluruh keluarga dan rakan sebilik perlu dirawat,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI