fbpx

Peniaga kecewa 40 balang nutella pecah guna kurier kapal terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan beberapa balang berisi coklat telah pecah.

PETALING JAYA – Seorang peniaga kecewa apabila bahan makanan yang mahu digunakan untuk berniaga rosak.

Menerusi sebuah video berdurasi satu minit 58 saat, difahamkan bahan makanan tersebut dihantar menggunakan perkhidmatan penerbangan terkenal.

“Campak ke barang saya? Saya mahu penjelasan. 40 balang Nutella dan coklat putih semua pecah, macam mana nak berniaga?,” tulis kapsyen video itu.

Difahamkan barangan tersebut dihantar menggunakan penerbangan domestik.

Menerusi tinjauan di ruang komen rata-rata bersimpati dengan nasib peniaga, namun ada juga yang berpendapat kedua-dua belah pihak mempunyai kesalahan tersendiri.

“Pada pendapat saya, bungkusan barangan peniaga agak tidak sesuai untuk perkhidmatan kurier penerbangan. Kapal terbang ini ada tekanan yang tidak sama seperti di darat, tengok macam mudah sangat bungkusan,” kata Chilla.

“Sebab tekanan dalam kapal terbang, aku pernah bawa roti dalam kapal terbang dan roti itu kembung tunggu masa saja nak meletup. Jadi, aku tak rasa syarikat penerbangan yang salah,” kata Tyrah.

“Syarikat ini memang servis makin teruk, suka campak barang. Bagasi mak aku pun pernah pecah sebab mereka campak,” kata Ballerina.

“Bekas bertutup yang ada cecair di dalam ini selalunya tak boleh dihantar menggunakan penerbangan. Di atas sana tekanan tinggi, kalau bungkusan tidak kuat memang akan meledak,” kata Wawan.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 400,000 kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI