fbpx

[VIDEO] Motosikal Yamaha 125ZR patah dua selepas langgar bonggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar motosikal Yamaha 125ZR patah dua selepas melanggar bonggol.

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di rumah adiknya mengenai sebuah insiden melibatkan motosikal jenis Yamaha 125ZR yang terpatah dua selepas melanggar bonggol.

Menerusi perkongsian Lynn AR di akaun TikTok miliknya berkata, adiknya yang sudah terbiasa pulang kerja memeriksa rakaman CCTV di rumah mereka terkejut apabila melihat insiden tersebut.

“Berlaku betul-betul depan rumah adik aku time (semasa) dia pergi kerja. Dia selalu periksa CCTV setiap kali balik rumah. Tak sangka ada kejadian ini,” katanya.

Tambah Lynn, dia berharap penunggang motosikal dapat mengambil iktibar kejadian ini.

“Semoga yang terlibat tak cedera serius. Pengajaran untuk semua penunggang motosikal. Periksa dulu sebelum bawa. Mujur tak ada kenderaan lain dekat depan atau belakang motosikal,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pandangan mengenai kejadian ini.

“Aduhai kesiannya. Nasib baik tak berlaku di jalan yang sesak. Harap tak terbeli yang sambung ‘welding’. Kesian ‘brother’ tu,” ujar Mohd Hafiz Pakdo.

Perkongsian tersebut memperoleh lebih 400,000 tontonan dan 18,400 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

@lynnar78 Berlaku betul2 dpn umah adik aku time dia pegi keje. Dia selalu check cctv setiap kali blk umah. x sangka ade kejadian ni. Semoga yg terlibat x cedera serius. Pengajaran utk semua penunggang motor. Check dulu sblm bwk. mujur xde kenderaan lain kat dpn atau blkg motor. #masukberandafyp #masukberanda #fypシ゚viral #125zr #patahdua ♬ original sound – LYNN AR

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI