fbpx

Mahkamah: Ejen insurans didakwa rogol gadis di bilik hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang gadis berusia 19 tahun, minggu lalu.

Lim Kai Hoe, 28, meminta dibicarakan atas pertuduhan merogol mangsa di sebuah bilik hotel di Jalan Metro Pudu 2 di sini di antara pukul 3.30 pagi dan 8.30 pagi, 19 Mei lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Siti Aminah Ghazali membenarkan Kai Hoe diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa selain diarah melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali pada atau sebelum 15 haribulan.

Tarikh 27 Jun ini ditetapkan untuk sebutan kes. Tertuduh diikat jamin oleh abangnya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd. Rauf memohon jaminan tinggi dan syarat-syarat tambahan dikenakan terhadap tertuduh.

Bagaimanapun, peguam S. Sathya memohon mahkamah mengenakan jaminan rendah terhadap anak guamnya atas alasan tertuduh yang bekerja sebagai ejen insurans hanya berpendapatan RM2,000 sebulan.

Peguam berkata, Kai Hoe yang tidak mempunyai rekod jenayah turut menyara ibu bapanya yang telah pencen.

Ujarnya, jaminan hanya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah manakala anak guamnya yang ditahan sejak 19 Mei memberi kerjasama pada polis ketika dalam siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI