fbpx

LIMA ’23 capai janji niaga sehingga RM18 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA '23).

PETALING JAYA – Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23) mencapai janji niaga sehingga RM18 bilion, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, perkara itu sekali gus memberi nilai tambah kepada nilai komersial khusus membabitkan Kementerian Pertahanan, Kementerian Pengangkutan serta lain-lain pemain industri.

“Hari ini saya dan Azizah berkesempatan berkunjung ke Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) bersempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA ’23).

“Alhamdulillah, dalam lawatan ini saya berpeluang menyaksikan majlis menandatangani beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) selain melawat reruai di dalam MIEC,” katanya di sini hari ini.

Menurut hantaran itu lagi, Anwar berharap agar LIMA ‘23 akan mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim sekali gus merealisasikan Rangka Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia (MAIB) dan Pelan Induk Perkapalan Malaysia.

“Sesi lawatan ini bertambah bermakna yang mana saya berpeluang melihat aset pertahanan udara secara lebih dekat antaranya seperti F/A18D Hornet milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

“Saya juga sempat meluangkan masa untuk bertemu dengan barisan pasukan udara yang terlibat dalam pertunjukan aerobatik antaranya Indonesia, China, Korea Selatan, Rusia, Emiriah Arab Bersatu,” ujarnya.

Selain itu, Perdana Menteri juga berharap agar LIMA pada kali ini dan seterusnya beroleh kejayaan malah, kekal membawa pulangan berganda meliputi sektor ekonomi, perdagangan, pertahanan dan keselamatan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI