fbpx

Kurang ceria, tiada selera makan – Keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat yang ditemui di tepi kebun kelapa sawit berhampiran kandang lembu di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar, Sabak Bernam.

SABAK BERNAM – Seorang pelayan restoran yang menjadi mangsa pembunuhan kejam kekasihnya sendiri dikatakan tidak ceria seperti selalu.

Kakak mangsa enggan dikenali berusia 26 tahun memberitahu, adiknya yang merupakan anak kelima daripada enam beradik
mengadu tidak sihat dan hanya bekerja separuh hari, kelmarin.

“Dia (mangsa) kemudian sempat pulang ke rumah keluarga kami pada sebelah petang sebelum keluar untuk menemui rakannya.

“Namun, saya berasa tidak sedap hati apabila mendapati dia masih tidak pulang sehingga ke malam dan gagal hubungi telefonnya” katanya sebak ketika ditemui di kediaman keluarganya di sebuah kampung di Sungai Besar di sini, petang ini.

Mangsa yang berusia 21 tahun merupakan anak yatim piatu selepas ibu bapanya meninggal dunia masing-masing sejak tiga tahun lalu dan Ogos lalu.

Jelas wanita itu, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada majikan adiknya itu mengenai penemuan satu mayat, kira-kira pukul 5.30 petang semalam.

“Kami kini menyerahkan kepada polis bagi menjalankan siasatan dan mengharapkan keajaiban berlaku. Ahli keluarga juga masih berada di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan perkembangan lanjut,” ujarnya.

Katanya, mangsa disifatkan sebagai seorang yang ceria dan peramah biarpun agak perahsia.

“Saya tidak begitu mengetahui tentang hal peribadinya sejak kami tinggal di rumah sewa sama di sekitar daerah ini.

“Kami kali terakhir berjumpa pada malam Ahad lalu ketika makan malam bersama keluarga dan dia dilihat agak kurang sihat,”jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI