fbpx

Kerangka pelaksanaan subsidi capai 75 peratus – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memaklumkan kerangka pelaksanaan pemberian subsidi bersasar kini telah 75 peratus siap dan akan dibawa ke Kabinet dalam masa terdekat untuk persetujuan.

Jelas Timbalan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, pihaknya tidak menolak kemungkinan segala perincian mengenai kerangka subsidi itu akan bentangkan pada sesi Belanjawan 2024 akan datang.

Ujar Ahmad, sebelum ini perbincangan mengenai kerangka itu telah membabitkan pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dan ada sebahagiannya juga telah dilaksanakan ketika ini secara berperingkat.

“Pelaksanaannya sudah pun dibuat secara berperingkat dengan golongan T20 ketika ini tidak lagi menerima subsidi penggunaan elektrik dan menunaikan haji.

“Bagaimanapun, kita masih meneliti mekanisma pelaksanaan pemberian subsidi ini secara menyeluruh, termasuk sama ada mahu menggunakan kad pengenalan atau mahupun bergantung kepada kapasiti enjin kenderaan,” katanya di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menandatangani Perjanjian Penghapusan Cukai Dua Kali mengenai Cukai Atas Pendapatan dan Pencegahan Pelarian dan Pengelakan Cukai (PPPDK).

Perjanjian PPPDK itu dimeterai antara Ahmad yang mewakili Kerajaan Malaysia bersama Menteri Kewangan Maldives, Ibrahim Ameer. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI