fbpx

Jasad Awang Askandar tiba di EBC, akan diterbangkan ke Kathmandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan pendaki ME2023 memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang sebaik jenazah tiba di EBC tengah hari tadi.

PUTRAJAYA – Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, tiba di Everest Base Camp (EBC) kira-kira pukul 9.50 pagi tadi waktu Nepal atau sekitar 12 tengah hari waktu Malaysia.

ME2023 menerusi kenyataan akhbar sebentar tadi memaklumkan, jenazah akan terus diterbangkan ke hospital di Kathmandu sejurus selepas itu.

Menurutnya, jenazah Awang Askandar selamat tiba di Kem Tiga kira-kira pukul 7 pagi waktu Nepal atau sekitar 9 pagi waktu Malaysia tadi.

“Jenazah dibawa turun dari Kem Empat dengan bantuan enam malim gunung secara manual menggunakan pengusung,” katanya.

Sekretariat ME2023 di EBC turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan jenazah Awang Askandar yang berbalut rapi dengan bendera Jalur Gemilang.

Gambar jenazah itu adalah kali pertama didedahkan ME2023 selepas arwah disahkan meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat masalah kesihatan ketika misi menakluk puncak tertinggi dunia itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI