fbpx

EPL: Cara Chelsea kembali raih prestasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA disaran supaya melepaskan beberapa pemain berprofil tinggi untuk menjamin keharmonian pasukan dan memudahkan tugas Pochettino. – AFP

LONDON – Bekas bintang Liverpool dan Manchester United, Michael Owen yakin Chelsea mampu kembali ke kelompok empat terbaik di bawah kendalian Mauricio Pochettino, musim depan.

Pochettino kini dilaporkan hanya menunggu masa diumumkan secara rasmi untuk menjadi pertaruhan baharu The Blues selepas berdepan krisis prestasi dan keputusan mengecewakan musim ini.

Owen merasakan pengurus itu adalah individu tepat untuk mengisi jawatan berkenaan di Stamford Bridge sambil menyifatkan Chelsea memiliki ramai pemain berkualiti.

“Perkara yang paling utama ketika ini mungkin perlu dilakukan adalah membuang separuh dozen pemain yang ada. Fokus kepada jumlah kecil pemain dan yakin bahawa mereka mampu untuk melakukannya musim depan.

“Saya fikir mereka akan tamatkan saingan di kelompok empat terbaik musim depan. Perkara paling penting adalah kelab itu kena ‘buang’ sesetengah pemain kerana tidak boleh memiliki terlalu ramai pemain berkualiti dan pastinya sukar untuk dapatkan keharmonian,” katanya.

Sejak dimiliki Todd Boehly, Chelsea sudah pun berbelanja besar dengan membawa masuk ramai pemain ternama seperti Raheem Sterling, Kalidou Koulibaly, Noni Madueke, Marc Cucurrella, Benoit Badiashile, Mykhaylo Mudruk dan Enzo Fernandez.

Bagaimanapun beberapa bintang seperti Mason Mount, Conor Gallagher, Pierre-Emerick Aubameyang, Hakim Ziyech, Christian Pulisic dan N’Golo Kante sudah pun dikaitkan dengan pa­sukan lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI