fbpx

Nelayan dicekup cuba seludup syabu RM1.08 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agus Salim (dua kiri) menunjukkan dadah yang dirampas pihaknya dalam serbuan itu.

SABAK BERNAM – Cubaan empat nelayan menyeludup syabu bernilai RM1.08 juta yang dibalut menggunakan bungkusan teh Cina gagal ke negara jiran tidak berhasil apabila mereka dicekup di sebuah jeti di Sekinchan di sini, baru-baru ini.

Kesemua suspek yang juga pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berusia 25 hingga 41 tahun itu diberkas ketika berada dalam sebuah bot pada pukul 10 malam, 19 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, penahanan itu dilakukan hasil siasatan dan risikan pihaknya menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dengan pemeriksaan dalam bot menemui dua bungkusan plastik hitam.

“Kedua-dua plastik itu mengandungi 30 bungkusan berisi dadah disyaki syabu seberat 30 kilogram (kg).

“Dadah itu dipercayai mahu diseludup keluar ke negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam di sini, hari ini.

Semua warga asing itu direman tujuh hari dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 61 (c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam kes berasingan, beliau memberitahu, seorang peniaga kedai runcit berusia 30-an ditangkap kerana memiliki sepucuk pistol tanpa permit pada 18 Mei lalu.

“Lelaki tempatan itu memiliki pistol jenis Pietro Baretta Gardone dipercayai sejak lima atau enam tahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI