SELEPAS mengikat tali perkahwinan pada 6 Mei lalu, pasangan selebriti Lee Da-hae dan Se7en memilih negara Switzerland sebagai lokasi berbulan madu.
Kemanisan bulan madu tersebut dikongsikan Da-hae dalam Instagramnya dengan kapsyen: “Saya mahu tinggal di Switzerland.”
Dalam hantaran tersebut, pelakon berusia 39 tahun itu memuat naik beberapa keping foto bersama suaminya sepanjang percutian.
Selain berkongsi gambar bersama suami, Da-hae turut memuat naik foto pemandangan indah di sana.