fbpx

Cuaca panas lapan lokasi di empat negeri catat tahap satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran berjaga-jaga tahap satu di empat negeri termasuk Kelantan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

“Kelantan di Kuala Krai, Pahang pula melibatkan beberapa kawasan iaitu Temerloh, Raub, Bentong, Bera dan Rompin.

“Sabah dan Sarawak masing-masing melibatkan satu kawasan termasuk Selangau dan Beaufort,” katanya.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di laman sesawangnya menjelaskan, amaran tahap satu dikeluarkan apabila sesebuah kawasan mencapai suhu maksimum harian melebihi 35 hingga 37 darjah celsius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai juga boleh boleh merujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk maklumat terkini status cuaca harian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI