fbpx

Cinta Shila Amzah, Ubai putus selepas 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHILA dan Ubai hari ini mencetuskan tanda tanya apabila memuat naik hantaran memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah terlerai.

PETALING JAYA – “Terima kasih untuk lima bulan yang sangat indah.”

Demikian luahan penyanyi Shila Amzah apabila mengesahkan hubungannya bersama pempengaruh, Ubai berakhir selepas lima bulan menjalin kasih.

Pendedahan tersebut dikongsikan dalam Instagram Shila dengan berlatarbelakangkan instrumen sedih berjudul My Memory, sekali gus menamatkan spekulasi mereka sedang menuju ke perkahwinan.

Shila atau nama sebenarna, Nurshahila Amir Amzah, 33, dilihat tidak henti-henti menzahirkan ucapan terima kasih atas pengorbanan lelaki itu, selain menegaskan tidak akan melupakan kenangan sepanjang perkenalan mereka.

“Kita sudah menjadi pasangan yang sangat hebat. Terima kasih untuk kasih sayang kepada Seth.

“Terima kasih untuk segala-galanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila,” katanya.

Dalam pada itu, perpisahan berlaku secara baik kerana pelantun lagu Patah Seribu itu masih mendoakan kebaikan buat pemilik nama lengkap Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli itu walaupun sudah tidak lagi bergelar pasangan kekasih.

“Saya hanya berharap yang terbaik untuk awak. Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga dapat segala yang dihajati,” jelasnya.

Bagaimanapun, Shila tidak memberikan perincian tentang punca sebenar kehancuran hubungan dengan teman lelakinya itu.

Sebelum ini, kemesraan Shila dan Ubai mencetuskan tanda tanya peminat apabila mereka dikatakan bakal ke jenjang pelamin.

Lebih menguatkan spekulasi tersebut apabila Ubai dilihat membeli cincin ‘tanda’ simbolik hubungan mereka dan berjumpa ibu teman wanitanya bagi meminta restu terhadap percintaan mereka.

Awal Februari lalu, Shila mengakui menjalinkan percintaan dengan Ubai selepas jatuh hati apabila terlibat dalam insiden skuter. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI