fbpx

Bekalan gula di Kerian mencukupi, pengguna tak perlu panik – Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDN Kerian membuat pemeriksaan mengejut ke salah sebuah pusat pembekal gula di Bagan Serai hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

BAGAN SERAI – Kerajaan negeri Perak memberi jaminan bekalan gula di Kerian mencukupi dan pengguna tidak perlu panik dengan isu membabitkan komoditi tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, Hal Ehwal Pengguna dan Kampung Baru Cina, Woo Kah Leong berkata, sebaik menerima maklumat mengenai isu tersebut di Kerian, pihaknya telah turun padang dan melakukan pemeriksaan mengejut terhadap sebuah gudang bekalan gula di sini.

“Pemeriksaan secara mengejut bersama pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kerian itu dilakukan bagi tujuan mendapatkan gambaran sebenar apa yang telah berlaku di daerah Kerian.

“Pemeriksaan ini dijalankan rentetan daripada beberapa aduan rakyat di Facebook tempatan yang menyatakan kesukaran pengguna untuk mendapatkan bekalan gula di sekitar kawasan Kerian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Menurut Kah Leong, hasil tinjauan dan pemeriksaan di salah sebuah pusat pembekal di Kerian mendapati stok gula masih banyak dan mencukupi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, beberapa buah kedai yang menyatakan kesukatan untuk mendapatkan bekalan gula didapati tidak mempunyai lesen untuk menjualnya setelah disiasat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI